Petikan forum Cafe Cinta Ustazah Fatimah Syarha yg dicopy dari sebuah blog.....
Nak kenal bakal suami
atau isteri, couple bukanlah cara terbaik. Kalau kamu ber'couple', berkawan
sehingga 20 tahun sekalipun, kamu takkan kenal dia. Yang kamu kenal hanyalah
lakonannya. Kerana setiap yang bertunang atau yang ada perasaan sebelum nikah
itu sedang berdusta. Tidak menjadi dirinya yang sebenar. Ketika ber'couple',
kita hanya akan mengenal seorang pacar. Bukan seorang suami. Sebab itu buang
masa saja ber'couple'. Dengan berkahwin, kita akan lebih mengenalinya dengan
sebenar-benarnya dan se'detail-detail'nya. If you know what i mean.
Jadi, bagaimana cara
seorang muslimah nak mengenali bakal suaminya?
Dalam Islam, ada konsep
merisik. Maksud merisik di sini, kamu minta wali kamu samada abang, ayah atau
datuk, tanya kawan-kawan atau jirannya tentang dia. Jadi, dia tiada peluang
untuk menipu. Kamu juga boleh stalk facebook dia untuk tengok cara dia bercakap
dan melayan perempuan lain di facebook. Akan tetapi, kita hanya mampu berhukum
apa yang luaran, kerana Allah lebih tahu maksud dalaman seseorang. Maka, benda
luaran yang boleh kita nilai sebagai kayu ukur, yang paling penting sekali ialah
cara dia tawarkan cinta. Kalau caranya itu tidak meletakkan Allah nombor satu,
bermakna dia hanya persembahkan cinta yang rapuh dan sementara. Cinta tersebut
tidak akan memberi kebahagiaan.
Cinta itu boleh lenyap
bersama lenyapnya sebab. Contohnya, jika dia tawarkan cinta kerana kecantikan
anda, tidak mustahil nanti dia akan menjadi suami yang bermata keranjang.
Begitu juga dengan lelaki. Jika perempuan tawarkan cinta kerana terpesona
dengan kekayaan anda, jangan terkejut jika nanti dia menjadi seorang isteri
pisau cukur dan materialistik. Jika suami dipecat kerja, dia tidak mampu nak
hadapi susah senang bersama. Itulah bahayanya jika kita ambil sebab-sebab yang
sementara kerana sebab sementara itu boleh lenyap. Bercintalah hanya kerana
akhlak dan agamanya dan yang paling penting kerana Allah.
Masalah keruntuhan
rumahtangga sebenarnya boleh dielak mulai sekarang. Kalau kita bercinta sebelum
nikah, syaitan akan jadikannya sebagai modal penting untuk rosakkan alam
rumahtangga kita. Contohnya, jika kita berkahwin dengan orang yang kita couple,
kita akan dapat azab curiga. Kita akan rasa sangsi dengan kesetiaan suami kita.
Kerana sebelum berkahwin pun dia sudah berani mengorat anak dara orang (iaitu
anda). Sebelum bernikah pun dia sudah berani membuka jalan-jalan menuju zina,
apatah lagi selepas berkahwin.
Dan kalau kita bernikah
dengan orang yang bukan kekasih kita dulu, akan ada sifat membanding-bandingkan
yang mana lebih bagus. Bila ada kenangan lampau, susah untuk kita melupakannya.
Itulah bahana ber'couple' sebelum nikah walaupun kita masih boleh berusaha
untuk melupakannya. Sedangkan tidak adil kita membandingkan seorang suami
dengan seorang kekasih. Sebab masa berkasih, yang kita cari hanya keindahan dan
keseronokan. Setelah berkahwin, kita kenal kelemahan dan kebaikannya. Jadi,
kita mesti cuba bantu untuk tingkatkan potensi dia. Bersedia untuk terima dia
seadanya dan hidup susah senang bersama.
No comments:
Post a Comment
sila tinggalkan pesanan terindah anda