Bismiallahirrahmanirrahim...
Monday, December 10, 2012
Saturday, December 8, 2012
STRENGTH
Bismiallahirrahmanirrahim…
You are the strength to my weakness,
I couldn’t find
someone better than you,
And I couldn’t even
find someone like you,
Because I see the
best of everything in you.
I have lost the very
precious thing in my life,
And that is you,
But I have to Redho
for what Allah have written for me,
I have to accept
that you are not here for me,
But I do really wish
that you were here,
I wish you were here
to ask me cut your nails,
I wish you were here
so that we can gossip about Emak together,
I wish you were here
so that I can comb your hair,
I wish you were here
so that we can see movie together,
I wish you were here
so that I can drink your sweet home made soya bean,
But I can only wish
that you were here,
Ya Allah!
In worshipping YOU,
I raised my hand to
make some Du’a,
I can only tear in
my Du’a,
I hope my Solat is
accepted by YOU,
I hope my Du’a is
heard by YOU,
I hope YOU will make
me stay strong,
I hope YOU will take
care of my family through my Du’a,
Only YOU Ya Allah!
Knows everything!
Knows how much I
miss him!,
Knows how much I
miss his charming smile,
Knows how much I
miss his cooking,
Knows how much I
miss his laughter,
Knows how much I
miss his soft voice,
Knows how much I
miss his checklist,
& How much I do
really wanna see him before his last breath.
![]() |
| kredit gambar |
![]() |
| kredit gambar |
Namun disebalik kehilangan itu, kita lupa sesuatu. Kalau kita
letakkan orang yang kita sayangi di dalam hati dan bukannya Allah, maka Allah
akan tarik semula apa yang kita sayangi. Kita perlu ingat darinya kita datang
kepadaNya kita kembali. Letakkan Allah di dalam hati. Kerana hanya kepadanya
kita mampu berharap bergantung kasih.
-istighfar-
.assalamualaikum.
!_!
29/02/2012
Al-Fatihah buatmu.
Tunggu kami di Sorga!
;')
29/02/2012
Al-Fatihah buatmu.
Tunggu kami di Sorga!
;')
Saturday, December 1, 2012
BEAUTIFOOL/BEAUTIFUL??
BEAUTIFUL OR BEAUTIFOOL?
ok! Aku sangat gemokk! Kulit aku tak
secantik Miss World, semua ejek aku hitam legam macam kuali yang dah terbakar
tahap kritikal di ICU! (eh!) .aku pendek, pinggang aku tak ramping lah! bibir
aku tak sehebat Angelina Jolie lah! Arggh! Tension lah!
Pernahkah andha mendengar rungutan-rungutan seperti
itu? Atau andha sendiri pernah mengatakannya terhadap diri andha ketika melihat
cermin atau ketika andha membandingkan diri anda dengan orang yang andha rasa
err lebih-hebat-dari-andha?
Err…
lebih-hebat-dari-andha?? Saya pernah dengar kes rungutan-rungutan seperti yang
tertera di atas daripada dulu sampailah sekarang. Okep. Memang saya akan
dianggap penipu tahap supersaiya yang ke-10 kalau saya taip saya TIDAK PERNAH mengatakan meng-abuse
diri saya sendiri secara mentally (not fizikally )dengan menggunakan perkataan
yang membuatkan diri saya berasa 150% lebih teruk dari yang sebetulnya.
Ya. Memang betul dan benar. (oh! segalanya
terbongkar sudah). Saya juga tercampak dalam kalangan spesies-spesies yang
mempunyai masalah jiwa,raga dan juga berbakul2 seperti kes yang tertera di atas.
Tapi. Tapi… (eh ada tapi2 pulak!) eh, tapi kan.. teda sudah bha benda2 gitu dlm diri seya ni..apa yang dapat dilihat sekarang ni ramai wanita yang beranggapan bahawa mereka lah spesies manusia yang paling tidhak cantik!. Ramai wanita yang selalu merungut tentang apa yang mereka tidak ada tapi ada pada orang lain. Cth: rambut yang lebat lagi panjang (guna jari pon boleh!). eheh! Mereka selalu berasa tidak puas hati terhadap diri mereka sendiri. Err. Ok.nak Tanya sikit? Kau tu macam cantik sangat macamlah perfect sangat nak mengkritik orang lain! Nak bagi pendapat sendiri konon! Cermin lah diri dulu!
Cerminlah-diri-dulu?? Err. Ya. Disebabkan
saya sudah melihat diri saya di cermin lah yang menyebabkan saya berani
memberikan pendapat saya yang tak seberapa nak bernilai seperti mutiara yang
berkilauan di dalam lautan di Bumi Sabah. Ok. Marilah kita sama-sama terasa
termasuklah saya dengan apa yang bakal saya taip di sini. Jiakalu anda terasa
seperti pedas yang membara dan panas yang tak terkata, sila sediakan sebesen
besar ais supaya anda terasa sejuk hingga membeku!. Eheh!
Cantik? Sebenarnya apakah itu cantik? Err.
Cantik tu bukan sesuatu yang subjektif ke? Ya! Tepat sekali! Cantik itu adalah
merupakan sesuatu yang sangat subjektif sampaikan kita tidak tahu bagaimana nak
meng-expelainkan apa yang kita rasa kepada orang.
Bukankah Allah telah menjadikan semua hamba-Nya cantik2? Atau kita
sahaja yang tidak sedar yang kita ni memang cantik? Akibat terlalu ikutkan
sangat fesyen2 terkini maka badan sendiri lah yang merana.
Mengapa perlu membuat pembedahan plastik? Mengapa perlu suntik Botox? Mengapa perlu beli alatan make-up yang mahal? Ok. Jikalau pembedahan plastic dilakukan atas dasar mahu pulih dari ke-tidak-stabilan yang dialami akibat kemalangan atau yang sewaktu dengannya yang tidak dapat dielakkan itu tidak mengapalah. Tpi pembedahan plastic yang hanya untuk kecantikan di dunia semata-mata untuk tatapan spesies2 manusia di dunia yang segelintirnya tidak tahu apakah itu erti cantik? perlukah andha lakukan sedemikian rupa sehingga menjejaskan kecantikan semulajadi andha??
Mengapa kita perlu membandingkan diri kita
dengan orang lain? Setiap orang ada kelebihan dan kelemahan mereka yang
tersendiri. Setiap orang ada sesuatu yang tersendiri yang dapat menonjolkan
diri sendiri. Yang dapat menyerlahkan lagi kecantikan anda. Mengapa perlu menyusahkan
diri sendiri semata-mata untuk menjadi seperti orang lain? Ok. Andha gemook,
kulit Andha tidak secantik Miss World dan bla bla bla. Gemok? Cubalah anda
bayangkan kalau anda terlalu kurus sampai pinggang pun dah macam pinggang
kerengga nak jalan pun macam dah tak ada tulang, sekali kene tiup angin ribut
taufan haa sudah pastilah spesies2 inilah yang dapat terbang dengan lebih jauh
hingga ke Negara Eropah mungkin? (tersenyum keji.)
Ok anda cakap kulit anda tidak secantik Miss World? Jadi anda nak
cakap yang baka2 manusia yang berkulit gelap tidak cantik? Maaf! Saya 1001%
tidak setuju dengan pernyataan anda. Orang yang berkulit gelap pun cantik juga.
Ok cuba anda bayangkan kulit andha terlalu cerah macam baru lepas rendam bleach
pastu anda berjalan di bawah sinaran Inchiik Matahari yang panas lagi membara.
Anda rasa baka2 manusia ni akan lari tak mencari tempat teduh atau menculik
payung sesiapa untuk menyelamatkan diri daripada sinaran Inchik Matahari
tersebut? (ketawa guling-guling.ok. adegan yang sangat kejam terserlah
disitu.maaf).
Wanita-wanita di Afrika yang kulit gelap tu pun boleh kahwin,ada suami dan anak. tidak perlu mengenakan solekan yang tebal tahap dinding Tembok Besar China pun. kahwin jugak mereka tu. jadi kenapa kita pula yang beriya-iya mahu bersolek tebal-tebal ? Itu tandanya kita tak yakin dengan kecantikan yang Allah telah berikan kepada kita.
Anda cakap anda tak dapat beli baju saiz S;SEMPIT & SENDAT! sebab sekarang ni badan anda sudah kembang dan terus mengembang? bila beli baju terpasksa membeli saiz yang lebih besar dari yang dulu? Maaflah. Jikalau kecantikan itu anda ukur melalui saiz baju yang anda pakai, oh itu sangatlah tidak ohsem! saya juga mengalami perkara yang sama. dulu saiz kecik sekarang saiz besar. namun disebalik semua itu, baru saya mengerti apa tujuan Allah buat begitu. supaya saya menutup aurat dengn lebih sempurna. bila kita tutup aurat dan melabuhkan pakaian kita, takkan ada lelaki2 yang (err jahat atau nakal eyh?lu fikirlah sendiri.) yang berani kacau anda. MasyaAllah bukankah itu yang kita mahukan? supaya kita lebih dihormati... ;') terima kasih Ya Allah..
ok. Saya nak tanya lah , perlukah kita tayang body kita dekat orang lain? perlukah bagitaw satu dunia kita ada body shape yang cantik? cantik ke kalau tayang-tayang body kat orang lain? daripada tayang kat orang lain bagus tayang dekat suami. maaflah kata-kata saya agak keterlaluan dan kasar disini. Tapi ini adalah hakikat. kita tak perlu nak perlulah nak sedih tahap kritikal sebab tak dapat pakai baju saiz yang kita nak tu. sebab bila kita dah mati nanti pakai kain kafan je. yang tu dah tak boleh dah nak pilih2 saiz apa nak pakai. terus tutup aurat!
Allah telah menciptakan hambaNya semuanya cantik2. selebihnya terpulang kepada kita bagaimana mahu menilai dan menghargai nikmat yang Allah telah berikan kepada kita selagi kita masih dapat bernafas di bumi Allah ini. Ingat! malaikat maut turun tengok kita sebanyak 70 kali sehari (sila betulkan saya jikalau saya salah), kita nak bazirkan masa kita fikir benda2 yang membuatkan kita 'down' ke? Sekali lagi saya katakan andha sangatlah tidak ohsem jikalau anda fikir begitu. Tak payah buang masa fikir benda2 yang tak bermanfaat. Orang2 yang bahagia itu bahagia kerana mereka mensyukuri apa yang Allah berikan kepada mereka. Tak perlu rasa 'down' dgn apa yang orang cakap. Kita hanya perlu yakin dengan apa yang Allah berikan kepada kita! *senyum bahagia ;D
Wokep. Saya tidak kisah produk kecantikan
apa yang andha pakai. Andha mahu pakai jenama cap Laksa+Kari? Pun boleh!
Pakailah apa2 produk kecantikan asalkan ia tidak akan membuatkan anda tampak
seperti zombie hidup yang sedang merayau2 mencari mangsa. Tp.err.
bukankah natural beauty itu lebih selamat? Jimat duit. Hehe. Tidak salah
untuk kelihatan cantik. Tapi berpada-pada lah dalam menyerlahkan kecantikan
andha supaya tidak akan menimbulkan fitnah kepada andha dan juga orang
lain.
![]() |
| kredit gambar |
Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza tentang
isu cantik . Mungkin bagi saya kecantikan semulajadi itu adalah yang terbaik.
Andha hanya perlu melemparkan senyuman yang telah andha ukir yang dikategorikan
sebagai senyuman yang teramat lah manis lagi menawan sampai pecah kaca dan juga
cermin di rumah andha (terlalu bersinar bukan senyuman itu). Wah! Itu sudah
cukup. Fullsetop. Mungkin bagi sesetengah orang, wajah yang perlu cantik.
Mungkin badan yang perlu cantik. Mungkin pakaian yang mereka pakai yang perlu
cantik. Mungkin wajah, badan dan pakaian mereka yang perlu cantik. Mungkin dan
mungkin dan mungkin. Media massa memberi impak yang sangat mendalam terhadap
kita bukan?
![]() |
| kredit gambar |
Apa
sahaja yang disiarkan di media massa kita pasti akan percaya. (err. Mungkin
sesetengah akan percaya lah.syabas dan tahniah kepada yang tak nak percaya!).
Bagi saya apa yang membuatkan kita tampak lebih cantik lagi menawan serta
gorgeous adalah keperibadian seseorang dan bukannya dari paras rupa. Sebab
paras rupa kita akan dimamah usia, akan berubah bila usia kita meningkat. Tidak
perlu sibukkan diri andha mengira kepingan duit yang berwarna warni dalam beg
duit untuk membeli barang kosmetik.
Keperibadianlah merupakan barang kosmetik
yang paling berharga! Cuba anda bayangkan anda ternampak seorang perempuan atau
lelaki yang sangat cantik & hensem tapi bila mereka mula bercakap . “hoi!
What the #@&*” aarrkk?!. Pernah anda melalui situasi begitu? Nauzubillah.
Istighfar. What you say shows who you are.
Saya tidak lah menyatakan bahawa mahu kelihatan cantik
itu salah di sisi undang2 mana2 negara. Kelihatan cantik itu penting. Kerana ia
dapat menambahkan keyakinan kita. Kita mempunyai keberanian untuk bercakap di
depan khalayak ramai. Tapi tidak perlulah sampai mahu menjadi
terlampau-chantik-yang-ekstrem!. Anda faham maksud saya??
![]() |
| kredit gambar |
Apalah gunanya jikalau wajah yang bertopengkan kecantikan tapi
tidak memiliki keperibadian yang tidak secantik wajah yang dimiliki? (terus
kena reject dari list calon-calon menantu!). keperibadian itu sangat penting.
Ia merupakan cerminan didikan yang andha terima. Agak malanglah kepada orang
yang disukai ramai disebabkan kecantikan fizikal mereka sahaja. Kecantikan
fizikal yang tidhak akan bertahan lama. Mungkin zaman kegemilangan muda-muda
ramai lah yang minat dan suka.
Tapi bila andha sudah pun berumur, kulit pun berkedut sana sini apakah andha masih akan disukai ramai?? Seperti vlogger seleb YouTube terkenal, MatLutfi cakap, bukan lah kecantikan fizikal tu tak bagus. Bagus memang bagus. Tapi lebih bagus kalau ditambah dengan perisa yang bernama keperibadian yang baik yang dapat menyerlahkan lagi kelazatan kecantikan andha.
Tapi bila andha sudah pun berumur, kulit pun berkedut sana sini apakah andha masih akan disukai ramai?? Seperti vlogger seleb YouTube terkenal, MatLutfi cakap, bukan lah kecantikan fizikal tu tak bagus. Bagus memang bagus. Tapi lebih bagus kalau ditambah dengan perisa yang bernama keperibadian yang baik yang dapat menyerlahkan lagi kelazatan kecantikan andha.
![]() |
| kredit gambar |
Love yourself!
Sekian , Assalamualaikum. Peace be upon
you.
Senyum sambil buat tanda aman! ;D
“Ramai yang boleh menjadi cantik dengan muka,pakaian, dan badan.
Berapa
ramai yang boleh jadi cantik dengan perangai?”- MatLutfi.
Subscribe to:
Posts (Atom)









