Sunday, March 3, 2013

SIAPA KITA UNTUK MENILAI ORANG LAIN?


Assalamualaikum people…

Setelah sekian lamanya tidak menghapdetkan belog ini, tetiba jari-jari ini sepertinya mahu menaip sesuatu dan ingin dikongsikan bersama dengan anda. Eceh!



kredit gambar



Cliché bukan quote diatas? Ya! Sangat cliché. Tetapi ia memang sesuatu perkara yang benar bukan? Tidakkah anda fikir begitu? Saya yakin kita semua pasti ada kisah lalu yang tidak ingin kita kongsikan bersama dengan orang lain. Dan kita Cuma berharap ia akan terkubur di masa lalu kita tanpa pengetahuan sesiapa.

Tetapi ada juga yang berpendapat bahawa kita patut memberitahu sedikit sebanyak tentang diri kita kepada orang lain supaya dia tahu siapa diri kita yang sebenar. Namun bagi saya, siapa dia atau mereka pada masa lalu itu tidak penting. kenapa ia begitu penting untuk mengetahui siapa mereka pada masa yang lalu sedang kan mereka telah berubah jauh lebih baik dari dulu?

Siapa kita untuk menilai seseorang itu berdasarkan siapa dia pada masa lalu? Siapa kita untuk menilai apa yang dia lakukan pada masa lalu? Kita tidak tahu apa yang dia lalui pada ketika itu dan kita tidak tahu sebab-sebab mengapa dia lakukan tindakan-tindakan atau perkara-perkara tersebut.

Sejujurnya saya katakan disini kita tidak layak (maksud saya, SAYA yang tidak layak) untuk menilai seseorang itu berdasarkan dia yang dulu. Mungkin dia/mereka bukan orang yang baik pada suatu ketika dahulu tetapi tidak mustahil apabila dia berubah, dia akan menjadi jauh lebih hebat dan jauh lebih baik daripada kita semua.

Penilaian itu hanya Allah sahaja yang layak buat. Kita tidak berada dalam situasi/keadaan mereka pada ketika itu. Jadi layakkah kita untuk menilai dia/mereka? Hanya Allah sahaja yang berada bersama mereka ketika perkara itu terjadi. Hanya Allah sahaja yang benar2 mengetahui sebab mengapa mereka melakukan perkara tersebut.

Bukankah Allah telah menutup segala aib kita? Mengapa perlu kita membukanya semula? Sekali lagi ingin saya katakan disini, saya tetap dengan pendirian saya. Kita tidak boleh menilai seseorng tersebut berdasarkan masa lalu mereka. Ia sudah pun berlalu. 
Kepada yang merasakan diri mereka tidak begitu baik pada masa lalu dan yang sewaktu dengannya,ingin saya katakan disini mengapa perlu diungkitkan lagi tentang kisah lalu? Mengapa tidak mengambil iktibar  daripada perkara itu? Dan teruskan usaha beristiqamah untuk menjadi orang yang lebih baik dari yang semalam dan yang sebelumnya? Jikalau kita berubah kerana Allah pasti Dia akan menghadirkan orang-orang yang baik dalam hidup kita.

Siapa kita untuk menilai orang lain sedangkan kita sendiri pun seringkali terbabas dan membuat kesilapan kan?