Tuesday, February 25, 2014

GALI KEKUATAN

 kredit gambar.
Salah satu cara untuk mendapatkan kekuatan untuk diri kita adalah dengan melakukan Tahajjud. Tahajjud itu adalah kekuatan yang kita perlukan untuk meneruskan perjuangan kita sebagai seorang musafir yang merantau di dunya yang fana ini. Gali dalam dalam kekuatan tu!
   Sebab nanti bila tiba suatu saat kita terasa mahu rebah, tersungkur, tersembam mencium bumi di dunya yang fana ini, kita masih lagi mampu berdiri dengan baik & masih mampu tersenyum dengan penuh gembira tahap mega! Sebab setiap kali masa Tahajjud, Allah dah bagi bekalan yang memang super power tahap ohsem sampai orang lain cemburu jatoh kerusi! #eh?
Sebab bekalan yang Allah bagi tu penuh dengan kaseh dan sayang Allah pada kita. Bekalan yang Allah bagi tu, Allah tak bagi cukup cukup untuk kita, tapi sampai melimpah ruah tahap tak larat nak kutip simpan dalam poket!
Hebatkan Tahajjud?
Pemurah kan Allah?
Sampai kaseh sayang DIA pada hambaNya pun bg melimpah ruah!
Gali lah dalam dalam kekuatan itu! Sedalam yang kita mampu.

Selagi kita masih boleh.
Selagi hayat masih ada. 
Selagi nyawa masih diberi pinjaman tanpa ada faedah!
Gali lah dalam dalam kekuatan itu! Gali lah wahai musafir perantau perjuangan alam fana! Buat bekalan mu di dunya yang penuh dengan cabaran dan dugaan. serta bekalan mu di akhirat kelak!
GALI LAH DALAM DALAM SELAGI MASIH MAMPU!

“Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.”  (Surah Isra’; ayat 79)

PENAT


Penat.

Yang sebenanrya bukan fizikal kita yang penat tapi jiwa dan hati kita yang penat.
PENAT itu cuma suatu alasan untuk elakkan diri daripada ditanya oleh orang lain. Sebab kita malas mahu bercakap. bukan. bukan malas tapi tak terkata dan tidak tahu bagaimana mahu meluahkan apa yang terbungkam terbuku tersirat di lubuk hati kita yang paling dalam . . .

Saturday, February 22, 2014

forum Cafe Cinta Ustazah Fatimah Syarha

Petikan forum Cafe Cinta Ustazah Fatimah Syarha yg  dicopy dari sebuah blog.....


Nak kenal bakal suami atau isteri, couple bukanlah cara terbaik. Kalau kamu ber'couple', berkawan sehingga 20 tahun sekalipun, kamu takkan kenal dia. Yang kamu kenal hanyalah lakonannya. Kerana setiap yang bertunang atau yang ada perasaan sebelum nikah itu sedang berdusta. Tidak menjadi dirinya yang sebenar. Ketika ber'couple', kita hanya akan mengenal seorang pacar. Bukan seorang suami. Sebab itu buang masa saja ber'couple'. Dengan berkahwin, kita akan lebih mengenalinya dengan sebenar-benarnya dan se'detail-detail'nya. If you know what i mean.

Jadi, bagaimana cara seorang muslimah nak mengenali bakal suaminya?

Dalam Islam, ada konsep merisik. Maksud merisik di sini, kamu minta wali kamu samada abang, ayah atau datuk, tanya kawan-kawan atau jirannya tentang dia. Jadi, dia tiada peluang untuk menipu. Kamu juga boleh stalk facebook dia untuk tengok cara dia bercakap dan melayan perempuan lain di facebook. Akan tetapi, kita hanya mampu berhukum apa yang luaran, kerana Allah lebih tahu maksud dalaman seseorang. Maka, benda luaran yang boleh kita nilai sebagai kayu ukur, yang paling penting sekali ialah cara dia tawarkan cinta. Kalau caranya itu tidak meletakkan Allah nombor satu, bermakna dia hanya persembahkan cinta yang rapuh dan sementara. Cinta tersebut tidak akan memberi kebahagiaan.

Cinta itu boleh lenyap bersama lenyapnya sebab. Contohnya, jika dia tawarkan cinta kerana kecantikan anda, tidak mustahil nanti dia akan menjadi suami yang bermata keranjang. Begitu juga dengan lelaki. Jika perempuan tawarkan cinta kerana terpesona dengan kekayaan anda, jangan terkejut jika nanti dia menjadi seorang isteri pisau cukur dan materialistik. Jika suami dipecat kerja, dia tidak mampu nak hadapi susah senang bersama. Itulah bahayanya jika kita ambil sebab-sebab yang sementara kerana sebab sementara itu boleh lenyap. Bercintalah hanya kerana akhlak dan agamanya dan yang paling penting kerana Allah.

Masalah keruntuhan rumahtangga sebenarnya boleh dielak mulai sekarang. Kalau kita bercinta sebelum nikah, syaitan akan jadikannya sebagai modal penting untuk rosakkan alam rumahtangga kita. Contohnya, jika kita berkahwin dengan orang yang kita couple, kita akan dapat azab curiga. Kita akan rasa sangsi dengan kesetiaan suami kita. Kerana sebelum berkahwin pun dia sudah berani mengorat anak dara orang (iaitu anda). Sebelum bernikah pun dia sudah berani membuka jalan-jalan menuju zina, apatah lagi selepas berkahwin.

Dan kalau kita bernikah dengan orang yang bukan kekasih kita dulu, akan ada sifat membanding-bandingkan yang mana lebih bagus. Bila ada kenangan lampau, susah untuk kita melupakannya. Itulah bahana ber'couple' sebelum nikah walaupun kita masih boleh berusaha untuk melupakannya. Sedangkan tidak adil kita membandingkan seorang suami dengan seorang kekasih. Sebab masa berkasih, yang kita cari hanya keindahan dan keseronokan. Setelah berkahwin, kita kenal kelemahan dan kebaikannya. Jadi, kita mesti cuba bantu untuk tingkatkan potensi dia. Bersedia untuk terima dia seadanya dan hidup susah senang bersama.