Saturday, June 15, 2013



Salam Tautan Kasih Cinta Bersemi...


KREDIT GAMBAR

Hati ni sesuatu yang sangat fragile kan. Hati juga tempat kita memendam perasaan. Disebabkan diri kita yang rakus dan tamak terhadap nafsu cinta, hati kita juga bisa terluka. Kadang-kadang susah kita nak expelainkan dekat orang apa yang kita rasa. Bukan semua orang akan merasakan benda yang sama seperti diri kita. 

 Ya, memang hati tu sangat fragile. IT SHOULD BE HANDLE WITH CARE tahu. Kesiankan. Hati lah yang selalu menanggung segala perbuatan diri kita. Maafkan aku wahai Hati. Disebabkan aku kau merana. Merana kerna apa? Kerna si dia, Cinta. Aku fikir teda sudah perasaan cinta ni. Ingatkan high skool dah habis, maka berakhirlah zaman-zaman having a crush kat seniors. Haha. Rupa-rupanya…

Cinta yang dahulunya aku ragu, kini datang menerpa hatiku. Sekali lagi aku jatuh. Tapi kali ni, lebih hebat dari itu. Aku rebah. Perasaan ini susah kita mahu abaikan. Dia … Dia datang membawa bersama cintanya, menerpa ke dalam hatiku. Dia memang seorang yang baik. Aku Cuma mampu menilai dia yang sekarang. Dia pernah cakap, dia bukanlah orang yang baik dulu.


Entah kenapa, aku rasa tdk ada siapa-siapa pun yang layak menilai antara satu sama lain. Siapa kita mahu menilai orang lain? Kita pun sama-sama manusia yang seringkali melakukan kesilapan kan? Jadi apa yang membuatkan kita terfikir mahu menilai orng lain? Hati ni susah kita nak describekan. Penat macamana pun hati kita, tetap tak mampu nak gambarkan. Dia datang membawa cintanya. 

Dan sekarang dia telah meninggalkan kesan pada hati ini. Entah kenapa dia menghilang secara tiba-tiba. Apa sebab yang menyebabkan dia berbuat begitu aku jua tdk tahu. Aku benar-benar mahu tahu, adakah dia okay disana?? Entah kenapa ini sahaja soalan yang mampu aku fikirkan. Aku mahu tahu apa yang sebenarnya terjadi pada dia. Dan aku yakin dan pasti dia mempunyai alasan yang sangat kukuh sampai dia terpaksa pergi menhilangkan diri. Hanya masa sahaja yang mampu memberitahu segalanya. Kita tengok lah macamana tahun-tahun yang akan datang nanti. Kalau dia sakit, aku harap dia cepat sembuh..

‘Salam Tautan Kasih Cinta Bersemi’
Itu tagline dia. 
Kalau dulu dia buat announcement dia akan bagi salam tu.
 Jiwang kan?.
 Sama lah seperti orangnya.
:)


P/S : Hey kau, aku pinjam tagline kau taw. Pinjamlah. Kedekut betul. Nanti aku rendam kau dalam ODEC, perah kau pastu aku sidai kau kat bulatan Universti tu kang baru kau tahu! Aku letak sekali nametag kau!. Haha!