Salam Tautan Kasih Cinta Bersemi...
![]() |
| KREDIT GAMBAR |
Hati ni
sesuatu yang sangat fragile kan. Hati juga tempat kita memendam perasaan.
Disebabkan diri kita yang rakus dan tamak terhadap nafsu cinta, hati kita juga
bisa terluka. Kadang-kadang susah kita nak expelainkan dekat orang apa yang
kita rasa. Bukan semua orang akan merasakan benda yang sama seperti diri kita.
Cinta yang
dahulunya aku ragu, kini datang menerpa hatiku. Sekali lagi aku jatuh. Tapi
kali ni, lebih hebat dari itu. Aku rebah. Perasaan ini susah kita mahu abaikan.
Dia … Dia datang membawa bersama cintanya, menerpa ke dalam hatiku. Dia memang
seorang yang baik. Aku Cuma mampu menilai dia yang sekarang. Dia pernah
cakap, dia bukanlah orang yang baik dulu.
Entah kenapa, aku rasa tdk ada siapa-siapa pun
yang layak menilai antara satu sama lain. Siapa kita mahu menilai orang lain?
Kita pun sama-sama manusia yang seringkali melakukan kesilapan kan? Jadi apa
yang membuatkan kita terfikir mahu menilai orng lain? Hati ni susah kita nak
describekan. Penat macamana pun hati kita, tetap tak mampu nak gambarkan. Dia
datang membawa cintanya.
Dan sekarang
dia telah meninggalkan kesan pada hati ini. Entah kenapa dia menghilang secara
tiba-tiba. Apa sebab yang menyebabkan dia berbuat begitu aku jua tdk tahu. Aku benar-benar mahu tahu, adakah dia okay
disana?? Entah kenapa ini sahaja soalan yang mampu aku fikirkan. Aku mahu tahu apa yang sebenarnya terjadi pada dia. Dan aku yakin dan pasti dia mempunyai alasan yang sangat kukuh sampai dia terpaksa pergi menhilangkan diri. Hanya masa sahaja yang mampu memberitahu segalanya. Kita tengok lah macamana tahun-tahun yang akan datang nanti. Kalau dia sakit, aku harap dia cepat sembuh..
‘Salam Tautan
Kasih Cinta Bersemi’
Itu tagline dia.
Kalau dulu dia buat announcement dia akan bagi salam tu.
Jiwang kan?.
Sama lah seperti orangnya.
:)
P/S : Hey kau,
aku pinjam tagline kau taw. Pinjamlah. Kedekut betul. Nanti aku rendam kau
dalam ODEC, perah kau pastu aku sidai kau kat bulatan Universti tu kang baru
kau tahu! Aku letak sekali nametag kau!. Haha!

No comments:
Post a Comment
sila tinggalkan pesanan terindah anda